Pada awal tahun yang lalu, Razer memperlihatkan pelitup muka yang penuh bergaya semasa acara CES 2021. Waktu itu, ia hanyalah sebuah konsep yang cuba diketengahkan mereka.

Namun, Razer membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa pelitup muka pintar N95 yang digelar Project Hazel bakal dijual seawal suku keempat tahun ini.

Walaupun begitu, CEO Razer mengesahkan ia hanya dijual dalam kuantiti yang terhad memandangkan permintaan yang tinggi bagi pelitup muka tersebut.

Pelitup muka itu tampil dengan lubang pengudaraan, voice amplifier, lapisan anti kabus dan yang paling penting, pencahayaan Chroma RGB.

Baca juga –¬†Razer Lancar Opus X, Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif

Akan tetapi, Razer masih tidak memberitahu harga serta tarikh penjualannya. Oleh itu, anda boleh ke pautan ini bagi mendapatkan notifikasi tentang ketersediaannya nanti.

Sumber: IGN