Disebabkan kerajaan melihat pelbagai insentif dan pelepasan cukai yang berjaya meransang ekonomi dalam pelbagai sektor, kerajaan telah melanjutkan lagi pelepasan cukai khas untuk pembelian telefon bimbit, komputer, dan tablet.

Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas itu sebelum ini telah berakhir pada 31 Disember 2020 dan kini telah dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 pula.

Selain pelepasan cukai pembelian teknologi, beberapa bantuan lain seperti pakej telekomunikasi dan internet percuma 1GB turut diberikan menerusi pakej bantuan PERMAI itu.