Berita baik kepada pengguna aplikasi pelayar Microsoft Edge di mana anda akan boleh membuat penetapan khusus bagi meningkatkan prestasi pelayar tersebut.
Buat masa ini, ciri terbaru ini masih dalam peringkat ujian dan tetapan untuk ciri itu dinamakan sebagai ‘Performance Detecter’. Ciri ini sedang diuji pada versi pelayar Edge Canary.
Apabila ciri itu diaktifkan, ia akan mengesan isu prestasi pelayar Edge yang berpunca daripada banyak tab yang dibuka, penggunaan extensions yang banyak dan lain-lain.
Ciri Performance Detecter ini tersedia terbina dalam tetapan Sleeping mode.
Ciri ini hanya akan ditawarkan kepada pengguna Microsoft Edge di Windows 11 dan Windows 10 sahaja dahulu.
Microsoft berusaha meningkatkan prestasi dan menambah pelbagai ciri baru yang menarik bagi bersaing dengan pelayar popular lain seperti Google Chrome, Apple Safari dan Firefox.
Berdasarkan kepada data statistik StatCounter setakat Februari 2022, pelayar Microsoft Edge kini merupakan aplikasi pelayar ke-4 paling popular di dunia selepas Chrome, Safari Dan Firefox.
Sumber: Windows Latest
Baca juga: