Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelanggan Uber di India Kini Boleh Menempah Kereta Tanpa Aplikasi Uber

Posted on Ogos 17, 2016Oktober 23, 2016

17 Ogos – Pelanggan perkhidmatan Uber di India kini boleh mendapatkan khidmat Uber tanpa perlu memasang aplikasi itu di telefon mereka, sebaliknya cuma perlu melayari satu laman web khusus yang dicipta oleh Uber sendiri bagi memudahkan pengguna-penggunanya.

Dengan hanya melayari dial.uber.com di pelayar web, pelanggan boleh memesan kereta Uber secara terus, dan tidak perlu membuat bayaran menggunakan kad kredit atau pun mobile wallet memandangkan mereka boleh membayar menggunakan wang.

Menerusi pelayar web, pelanggan cuma perlu melog masuk atau mendaftar, kemudian menekan butang Book A Ride. Selepas itu, pemandu Uber berkenaan akan menelefon pelanggan untuk mendapatkan koordinat.

Selepas pelanggan sudah sampai ke destinasi, dia cuma perlu membayar secara tunai kepada pemandu Uber tersebut.

Servis baru itu sudah dimulakan di beberapa bandar di India namun tidak pasti sama ada ia akan dikembangkan ke negara-negara lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress