Unifi TV, cabang kandungan digital dan hiburan bagi perniagaan bersepadu Unifi daripada Telekom Malaysia kini sedang menawarkan tontonan percuma kepada semua pelanggannya.
Ia bersempena dengan meraikan pencapaian memperoleh 3 juta pelanggan Unifi.
Unifi berkata, pelanggan mereka boleh menikmati tontonan percuma semua 72 saluran Unifi TV, nikmati diskaun sehingga 50% untuk filem-filem pay-per-view Unifi TV dan percubaan percuma aplikasi penstriman Unifi TV dari 1 Disember hingga 1 Januari 2023.
{suggest}
Selain itu, pelanggan Unifi sedia ada juga ditawarkan untuk melanggan Unifi TV Ultimate Pack yang merangkumi lima aplikasi penstriman dan kesemua 72 saluran premium hanya pada harga RM60 sahaja.
“Pada tahun akan datang, kami akan terus meningkatkan perkhidmatan digital kami, dengan memperbanyakkan himpunan kandungan untuk memberikan lebih banyak saluran dan melibatkan lebih banyak rakan usahasama premium tempatan dan antarabangsa.” Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif, Unifi.
Sumber : Media Unifi