Astro hari ini melancarkan Ultra Plug & Play Box yang terbaharu dimana pelanggan dapat menerima pengalaman tontonan tanpa gangguan terutama apabila hujan seperti mana keluhan sebelum ini kerana saluran kini boleh ditonton tanpa menggunakan piring satelit.

Menerusi Ultra Plug & Play Box baharu ini, pemasangan boleh dilakukan sendiri dengan mudah. Hal ini kerana pelanggan hanya memerlukan sambungan internet sahaja.

Dari segi harga untuk mengaktifkan Ultra Plug & Play ini, ia adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang mempunyai bayaran langganan lebih RM100 sebulan. Sementara pelanggan baru adalah RM39.

Jika anda pelanggan baru yang ingin kembali menggunakan Astro, terdapat pakej Starter Pack yang berharga RM49.06 sebulan dengan kontrak 24 bulan dan untuk mengaktifkan Ultra Plug & Play, anda perlu membayar RM59.

Tambahan lagi, Astro turut menawarkan bagi pelanggan baru untuk mendaftar pakej Super Pack Lite (RM96/bulan) dengan kelajuan internet 100 Mbps dan anda bakal nikmati rebat RM45 setiap bulan.

Dengan ini, pelanggan boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim video diĀ on demandĀ dengan rakaman awan dan menggunakan fungsi ‘play from start’ tanpa ada sebarang masalah lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang penawaran ini, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga artikel berkaitan: