CEO Xiaomi Lei Jun kini mengesahkan telefon boleh lipat terbaharu, Mix Fold 3 akan dilancarkan pada 14 Ogos 2023.
{suggest}
Menerusi perkongsian Lei Jun di platform X, ia menunjukkan Mix Fold 3 hadir dengan reka bentuk lebih nipis. Boleh dikatakan ia hanya sedikit tebal daripada port USB-C apabila dibuka lipat, serta lebih nipis daripada Samsung Galaxy Fold5. Engselnya pula dijangka menggunakan mekanisme waterdrop baharu.
Dari segi kamera, Mix Fold 3 menampilkan empat lensa bersama teknologi Leica, termasuk satu lensa periskop.
Vision expanded. #XiaomiMIXFold3 coming August 14th, 19:00 (GMT+8). #XiaomiLaunchAugust2023 pic.twitter.com/YXiiv9jMaS
— Lei Jun (@leijun) August 9, 2023
Pelancaran ini akan menjadi sebahagian daripada ucapan tahunan Lei Jun, dengan sejumlah teknologi terkini syarikat itu dijangka akan turut diumumkan.
Setakat ini, spekulasi mengatakan terdapat kemungkinan besar Mix Fold 3 hanya kekal eksklusif untuk pasaran China dan tidak akan memasuki pasaran global.
Walaupun begitu, nantikan sahaja pengumuman selanjutnya daripada Xiaomi menjelang pelancaran kelak. Penstriman langsung boleh ditonton melalui laman web mi.com.
- Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/cljiph8
- Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljipgs
Sumber: Lei Jun