Hogwarts Legacy merupakan sebuah permainan video yang bertemakan Harry Potter namun pengeluarannya telah ditangguhkan.
Versi PlayStation 4 dan Xbox One bakal dikeluarkan pada 4 April 2023 manakala Nintendo Switch pula tidak akan dikeluarkan sehingga 25 Julai.
Hogwarts Legacy will launch on April 4, 2023 for PlayStation 4 and Xbox One and on July 25, 2023 for Nintendo Switch. The team is looking forward to bringing you the game and we want to deliver the best possible game experience across all platforms.
— Hogwarts Legacy (@HogwartsLegacy) December 13, 2022
Bagi versi PlayStation 5, siri Xbox S dan X, dan PC, tarikh pengeluarannya masih lagi tetap pada 10 Februari.
Penangguhan permainan ini merupakan kali ketiga daripada pengeluar tersebut. Pada mulanya, Hogwarts Legacy ini diumumkan pada September 2020.
Namun, permainan tersebut ditangguhkan pada tahun 2022 pula. Kemudian ia sepatutnya dikeluarkan pada 10 Februari untuk semua jenis sistem namun ditangguhkan juga.
Pengeluar tersebut menyatakan bahawa Hogwarts Legacy memerlukan lebih banyak masa yang tersendiri untuk disiapkan.
Sumber: Twitter
Gambar Utama: Hogwarts Legacy