Umum mengetahui, Samsung telah menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 2 Februari 2023, yang dijangka menampilkan siri peranti andalan Galaxy S23.
{suggest}
Menjelang acara pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, pelbagai imej yang didakwa siri peranti andalan itu mula tertiris dan dikongsi melalui media sosial. Terbaharu, peranti yang didakwa adalah Galaxy S23 Ultra telah muncul dalam satu video ‘unboxing’ di Twitter.
Video pendek Galaxy S23 Ultra versi Cotton Flower itu menunjukkan kotak sebenar peranti. Ia diperlihatkan dengan warna off-white, manakala bahagian tepinya kelihatan dengan warna emas muda.
Unboxing@MoisesElPro2 @MARCIANOPHONE @Ibanez_shreds @TecnonautaTV @TopesdGama pic.twitter.com/eGzgkSuMBA
— Edwards Urbina (@edwards_uh) January 23, 2023
Selain itu, video tersebut turut memaparkan modul kamera di bahagian belakang dan slot S-Pen di bahagian bawah. Berbanding Galaxy S22 Ultra, Galaxy S23 Ultra mempunyai lengkungan yang lebih sedikit di bahagian tepi skrin. Peranti ini juga mempunyai sisi yang lebih rata, yang menjadikannya lebih mudah digenggam.
Antara lainnya adalah pembesar suara telefon, slot kad SIM, mikrofon utama dan port USB-C. Terdapat mikrofon kedua di bahagian atas serta butang kuasa dan kelantangan di sebelah kanan. Selain Cotton Flower, Galaxy S23 Ultra dijangka akan turut tersedia dalam pilihan warna Phantom Black, Botanic Green dan Misty Lilac.
Sumber: SamMobile