Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelancaran Global Telefon Andalan Premium realme, Siri realme GT 2 Disahkan

Posted on Februari 18, 2022

Awal Januari lepas, realme GT 2 dan realme GT 2 Pro telah dilancarkan secara rasmi di China. Telefon tersebut merupakan peranti berkelas andalan premium dari realme.

Sebulan telah berlalu, kedua-dua telefon tersebut kini disahkan akan menembus ke pasaran global pula pada 28 Februari ini semasa acara Mobile World Congress (MWC) 2022.

Mengimbas kembali penawaran realme GT 2 Pro, ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, konfigurasi memori 8/12GB RAM, storan 128/256GB, skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz, tiga tetapan kamera, bateri 5000mAh dan pengecasan 65W.

Sementara realme GT 2 pula, dilengkapi Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB, skrin 120Hz berkeluasan 6.62 inci AMOLED, 4 tetapan kamera dan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 65W.

Jika anda tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan pelancarannya, boleh terus ke Facebook rasmi realme Malaysia nanti. Dengan ini, berkemungkinan besar ia akan dibawa masuk buat pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: Siaran Akhbar realme

Baca juga:

  • Opensignal: Kedudukan 5G Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh

  • Antutu Benchmark – Skor Dimensity 8000 Kalahkan Snapdragon 888

  • Siri RedMagic 7 Dilancar – Pengecasan 135W, Snapdragon 8 Gen 1, Kamera Bawah Skrin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress