Semalam merupakan tarikh kemunculan pertama flagship terbaru iaitu siri Xiaomi Mi 10. Diperkenalkan di Beijing China, siri tersebut ditawarkan dalam dua versi, Mi 10 dan Mi 10 Pro.
Sebelum ini, kedua-duanya telah dijadualkan pengenalan untuk pasaran global pada 23 Februari, sekitar acara MWC 2020. Namun oleh kerana acara pameran industri mudah alih itu telah dibatalkan ekoran kebimbangan wabak Covid-19, Xiaomi turut mengambil pendekatan sama dengan menangguhkan pelancaran tersebut.
To all our Mi Fans, users, partners and friends from the media, following GSMA’s decision to cancel #MWC2020, #Xiaomi will also delay our global product launch of the latest flagship #Mi10 series.
Thank you all for your understanding. #NoMiWithoutYou pic.twitter.com/hOFgk9gE3G
— Xiaomi #First108MPPentaCam (@Xiaomi) February 13, 2020
Ini merupakan pertama kali acara tersebut dibatalkan sejak ia menggunakan nama Mobile World Congress (MWC) pada 2008. Berkenaan dengan siri Mi 10, ia tampil dengan cip pemproses Snapdragon 865 serta diperkuatkan lagi dengan penawaran kamera utama 108MP. Spesifikasi lebih lanjut serta harga jualan di China boleh dilihat di sini – Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Rasmi Dilancarkan – Harga Bermula Sekitar ~RM2370.