Terdahulu, EA sudah mengesahkan kehadiran permainan popular mereka Apex Legends buat platform telefon pintar. Kemudian, tahun lalu juga ujian percubaan beta pun ditawarkan untuk pemain tempatan.
Terbaru, studio yang membangunkan permainan tersebut – Respawn mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Apex Legends Mobile di beberapa negara dan Malaysia turut tersenarai.
Bagaimanapun, terlebih dahulu ia diberikan buat pengguna Android. Sementara pengguna iOS mungkin akan menerimanya juga nanti dalam masa terdekat.
Melaluinya, pelancaran global Apex Legends Mobile ini sudah semakin hampir dan mungkin akan dilancarkan pada tahun ini juga.
The Soft Launch for Apex Mobile is coming! For those in the countries mentioned below, please follow the link, or visit your local Google Play Store page, to pre-register. For all other legends, sit tight! We'll have more info for you soon.
đź”—: https://t.co/fXIxTwxkxe pic.twitter.com/LVInerdt14
— Respawn (@Respawn) February 1, 2022
Apex Legends Mobile mempunyai banyak persamaan dengan versi konsol atau PC. Ia juga dicipta khusus untuk skrin boleh sentuh di telefon pintar. Namun, permainan ini tidak menyokong cross-platform atau dalam bahasa mudah bermain dengan platform lain. Tidak seperti Fortnite atau Genshin Impact.
Seperti yang diketahui, permainan battle royale ini juga percuma sahaja dan tiada unsur pay-to-win. Sebaliknya, pemain akan disajikan dengan battle pass serta item kosmetik.
Sumber: respawn
Baca juga: