Pada acara Google I/O yang diadakan Mei lalu, Google telah mengacah Pixel 7 dan Pixel 7 Pro. Dari segi rekaan, ianya mengingatkan pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang dilancar pada tahun lalu. Namun, ketika itu tiada maklumat lanjut yang didedahkan termasuk spesifikasi kedua-dua peranti berkenaan.
Kini, laporan terbaru pula telah mendedahkan tarikh pelancaran Pixel 7 dan Pixel 7 Pro. Menurut Jon Prosser, dari sumber yang boleh dipercayainya mendakwa pra-tempah bagi siri Pixel 7 dijangka akan bermula 6 Oktober yang merupakan hari sama ia dilancarkan. Manakala, kedua-dua peranti ini pula hanya akan tersedia pada 13 Oktober.
Mengimbas kembali, peranti yang didakwa prototaip Pixel 7 dilapor telah dijual di platform eBay pada Mei lepas. Bagaimanapun, ianya telah dikeluarkan dan tidak lagi tersenarai dalam platform e-dagang tersebut.
Sumber: Front Page Tech