Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelan Twitter Blue Akan Hadir Ciri Baharu, Tapi Harga Juga Akan Ditingkatkan

Posted on Januari 25, 2023

Pengguna Twitter pasti berasa iklan yang dipaparkan di halaman mereka agak menjengkelkan. Ini kerana iklan tersebut terlalu kerap dipaparkan serta dalam saiz yang besar.

Oleh itu, pengguna kini boleh menikmati masa mereka melayari Twitter tanpa sebarang paparan iklan lagi.

Namun, kelebihan tersebut hanya boleh dimiliki oleh pelanggan Twitter Blue yang bakal hadir ini. Sudah tentu harga bagi pelan tersebut juga akan dipertingkatkan.

Also, there will be a higher priced subscription that allows zero ads

— Elon Musk (@elonmusk) January 21, 2023

Buat masa ini, langganan Twitter Blue bermula dari harga $11 (∼RM47) di AS. Harga ini juga dikenakan secara sama rata bagi pengguna iOS dan Android.

Jika melalui laman sesawang, pengguna hanya perlu bayar $8 (∼RM34) sahaja kerana Apple dan Google tidak mengambil komisen di sana.

{suggest}

Melalui laporan dari The Information, untung harian yang dihasilkan oleh Twitter telah menurun sebanyak 40% berbanding tahun lepas.

Penurunan ini terlihat jelas sejak pengambilalihan Elon Musk pada Oktober yang lepas.

Pelan Twitter Blue masih belum tersedia di Malaysia namun pengguna dapat menjangkakan pelan tersebut akan hadir tidak lama lagi.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress