Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelan Netflix Yang Ada Iklan Tidak Dapat Diakses Melalui Apple TV

Posted on November 4, 2022

Sebelum ini, Netflix telah memperkenalkan pelan yang lebih murah dan akan menyokong iklan. Namun begitu, pelan ini tidak dapat diakses melalui Apple TV.

Wakil daripada Netflix telah menyatakan buat masa ini pelan Basic yang akan memaparkan iklan itu tidak tersedia untuk tvOS.

Terlalu ramai pengguna yang melaporkan bahawa mereka tidak dapat mengakses pelan tersebut sama ada di AppleTV mahupun AppleTV 4K.

Walau bagaimanapun, Netflix menyatakan bahawa pelan ini akan diterima aksesnya pada masa yang akan datang. Cuma buat masa ini, pihak Netflix tidak dapat mengesahkan sebab mengapa ia tidak dapat diakses.

Untuk pelan sokongan ini masih lagi belum tersedia di Malaysia tetapi akan diberitahu kelak oleh Netflix pada masa yang akan datang.

Sumber: 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress