Datuk Johari Abdul Ghani dalam Dewan Rakyat beberapa hari lalu mencadangkan agar kerajaan memberi kepercayaan pada Telekom Malaysia (TM) untuk mengendalikan pelaksanaan 5G di Malaysia dan bukannya Digital Nasional Berhad (DNB).
Rasional beliau, TM sudah mempunyai liputan fiber yang meluas seluruh negara, berpengalaman dan mempunyai kepakaran.
Kewujudan DNB dilihat sebagai tidak relevan kerana Malaysia sudah mempunyai TM.
Macam DNB ini nak buat apa? Telekom dah ada.
Tambah beliau, isunya sekarang, pentadbiran tidak mempercayai TM dan kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan 300-400 juta setahun selain perlu memulakan semula semuanya kerana entiti baharu (DNB) ini.
RM16.5 bilion juga dijamin oleh kerajaan, dipercayai merujuk pada kos keseluruhan pelaksanaan 5G selama 10 tahun.
BERI KEPERCAYAAN KEPADA TM KENDALI 5G, TIDAK PERLU DNB
Saya telah menegaskan di Dewan Rakyat supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaan rangkaian 5G yg dibangunkan oleh DNB.
TM yg ada kepakaran & kemampuan dlm melaksanakan rangkaian 5G ini boleh menjalankan tanggungjawab itu. pic.twitter.com/XB8mFrlYln
— Johari Abdul Ghani (@joharighani) March 4, 2023
Namun, DNB sebelum ini pernah menjelaskan bahawa kos itu bukan ditanggung oleh kerajaan sebaliknya daripada hasil jualan 5G yang dikutip daripada syarikat telekomunikasi.
Selain itu, Datuk Johari memetik Thailand sebagai contoh dengan mengatakan liputan 5G di sana mencapai 80-90% dengan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa campur tangan kerajaan.
Justeru, ahli Parlimen Titiwangsa itu mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula dan berkata ia belum terlambat untuk mengubahnya.
Dalam pada itu, beliau juga berkata kerajaan boleh membantu dengan memberi sebahagian peruntukan pada TM kerana sudah tersilap sebelum ini.
{suggest}
Minggu lalu, beliau berkongsi pandangan bahawa kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan 5G. Baca berita penuh di SINI.
Apakah anda bersetuju dengan cadangan Datuk Johari?
Sumber: Datuk Johari Ghani