Beberapa hari lalu telah dilaporkan tentang insiden kedua melibatkan telefon pintar terbakar.

Kejadian itu didakwa sebagai insiden kedua melibatkan model peranti pintar yang sama iaitu model YES Altitude 3 keluaran YTL Communication.

Baca juga: Lagi Laporan Peranti Pintar Didakwa Terbakar Melibatkan Model Yang Sama

Tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan, pelajar yang terjejas dengan insiden itu telah menerima kejutan sebuah telefon pintar terbaru dari jenama Vivo model Y15S.

Cuma berbeza dengan pelajar insiden pertama yang menerima sumbangan dari pihak Xiaomi sendiri, untuk pelajar ini hadiah telefon pintar itu adalah hasil usaha bersama pihak sekolah serta penduduk di kawasan sekitar.

Kredit: Facebook Haspul Nizam Deraman

Baca juga: Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Berbalik kepada insiden pertama iaitu melibatkan keluarga Puan Suriyani Abd. Ghani, beliau memaklumkan bahawa pihak YTL Communications telah menghubungi beliau dan menggantikan model telefon pintar yang telah terbakar sebelum ini dengan model baharu.

Kredit: Suriyani Abd. Ghani

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan perasaan bimbang untuk menggunakan telefon pintar tersebut. Mungkin trauma dari pengalaman insiden yang dilalui sebelum ini.

Sebagai makluman, pihak YTL telah menyatakan bahawa mereka memandang serius terhadap dakwaan melibatkan telefon pintar keluaran mereka terbakar.

YTL juga menyatakan mereka belum pernah menerima sebarang laporan tentang isu keselamatan melibatkan peranti pintar itu.

Namun begitu mereka menegaskan bahawa keselamatan produk dan pengguna mereka adalah sangat penting dan akan menyiasat perkara itu dengan menyeluruh.