Satu kejadian langgar lari dilaporkan telah berlaku di Jalan Julau-Nanga Entabai di Sarikei dekat Sibu melibatkan 2 orang pelajar sehingga menyebabkan salah seorangnya maut.

Seorang lagi yang terlibat dalam dalam kejadian itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu, 2 orang pelajar tersebut keluar menunggang motorsikal bagi mencari liputan internet.

Malangnya secara tiba-tiba sebuah kenderaan telah melanggar mereka dari arah belakang.

Dalam keadaaan itu pelajar tersebut tidak sempat mengenali jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mereka.

Walaubagaimanapun, Pihak Polis Daerah Julau tetap berusaha mengesan pemandu kenderaan tersebut.

Sumber: Bernama