Berdasarkan kepada hasil tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik Kaspersky,  mereka mendapati lebih daripada separuh pelajar-pelajar di Asia Tenggara tidak menyukai cara pembelajaran secara atas talian.

Kaspersky mendakwa, 55% pelajar di rantau Asia lebih menggemari belajar secara bersemuka di dalam kelas di sekolah mereka.

Sungguhpun peratusan itu tinggi, tetapi ia adalah yang terendah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar di negara-negara lain.

Sebagai contoh, pelajar-pelajar sekolah di Negara Amerika Latin adalah 75% lebih ramai gemar dengan cara pendidikan tradisional itu. Diikuti oleh pelajar sekolah di Afrika (73%) dan di Timur Tengah (58%).

Menurut Kaspersky, 74% pelajar sekolah di Asia tidak gemar dengan pembelajaran atas talian kerana ia mengambil masa terlalu berada di hadapan skrin.

60% pula adalah kerana masalah liputan dan capaian internet yang menyebabkan mereka tidak suka dengan pembelajaran secara atas talian.

Malah 57 pelajar Asia menyatakan bahawa mereka lebih sukar memahami subjek pelajaran mereka ketika atas talian berbanding secara bersua muka di dalam kelas.

Pelajaran yang paling sukar dipelajari dan difahami ketika belajar di atas talian adalah pelajaran Matematik (48%), Kimia (28%), Fizik (25%) dan Biologi (25%).

Pelajar Asia juga menyatakan bahawa mereka rindukan suasan di dalam kelas, bermain dan bersembang bersama rakan-rakan mereka.

Data kaji selidik yang diperolehi oleh Kaspersky ini adalah dari bulan April hingga Mei 2021.

Sumber: Kaspersky