Baru-baru ini, Times of India melaporkan bahawa pekerja protes dengan memecahkan tingkap dan membakar kenderaan kerana masalah bayaran gaji yang rendah.

Kejadian ini berlaku di syarikat yang dikendalikan Wistron Corporatian dari Taiwan dimana iPhone SE dipasang.

Selain itu, menurut Indian Express, mereka merosakkan pejabat, perabot dan lain-lain selepas mereka melihat gaji mereka dikurangkan. Dikatakan, seramai 2000 pekerja yang terlibat dalam kejadian ini.

Ada sumber yang mengatakan bahawa graduan jurutera dibayar Rs16000 (~RM879) dimana sepatutnya mereka dijanjikan gaji Rs21000 (~RM1154). Malah, gaji tersebut makin berkurang sehingga Rs12000 (~RM659) sebulan.

Manakala bagi graduan bukan dari jurusan jurutera menerima nasib lebih malang dimana gaji mereka dipotong sehingga Rs8000 (~RM439) malah lebih teruk ada yang hanya menerima Rs500 (~RM27).

Apple sudah pun memasang peranti iPhone di India sejak 2017 dimana India merupakan kedua terbesar dalam pasaran peranti pintar.

Wistron juga menerima tanah berkeluasan 43 ekar di kawasan perindustrian Narasapura yang mana untuk pengeluaran iPhone, peranti biotech dan produk Internet Benda (IOT).

Sumber: Times of India, The Verge