CEO Apple, Tim Cook dilaporkan telah pun mengeluarkan memo kepada semua pekerja Apple bagi mengarahkan para pekerja kembali semula bekerja di pejabat mereka bermula awal September nanti.

Pekerja Apple diarah untuk datang bekerja di pejabat selama 3 hari iaitu hari Isnin, Selasa dan Khamis.

Manakala hari Rabu dan Jumaat pula mereka diberi pilihan untuk berkerja dari rumah. Malah Apple turut menawarkan pekerjanya bekerja dari rumah selama 2 minggu dalam setahun.

Walaubagaimanapun, nampak gayanya para pekerja Apple masih belum bersedia kembali bekerja di pejabat mereka.

Ini kerana mereka dilaporkan tidak bersetuju dengan arahan oleh CEO mereka itu dan kini cuba mennetang arahan tersebut.

Dalam satu surat yang dihantar oleh pekerja Apple menyatakan bahawa bekerja dari rumah adalah norma baharu yang boleh diaplikasikan oleh syarikat.

Tindakan Apple ini adalah berbeza dengan Facebook di mana FB kini membenarkan para pekerja mereka bekerja sepenuh masa di rumah   buat selamanya selagi pekerja itu menerima kebenaran dari pengurus mereka.

Sumber: PCmag, The Verge