Jika anda sering membeli belah secara atas talian, anda mungkin sudah mesra dengan istilah OTP atau TAC.

Secara amnya, bank akan meminta nombor atau kod unik melalui OTP/TAC melalui mesej untuk mengesahkan bahawa anda mahu membeli barangan secara atas talian.

Namun, peringatan juga kini terdapat banyak laporan bahawa ada penipuan yang berlaku melibatkan OTP/TAC ini.

Caranya adalah penipu akan meminta nombor atau kod unik OTP/TAC dengan alasan nombor yang anda sedang gunakan telah didaftarkan secara tidak sengaja.

Jika anda memberikan nombor atau kod unik OTP/TAC tersebut, penipu dengan mudahnya telah mengesahkan pembelian dia dengan menggunakan maklumat perbankan anda.

Taktik ini kebiasaannya dilakukan secara rawak melalui senarai nombor telefon yang diperoleh oleh penipu dan kes yang paling banyak selalunya adalah penipu menyamar menjadi kenalan mangsa seperti rakan ataupun ahli keluarga terdekat.

Untuk mengelakkan dari tertipu dengan taktik ini, dinasihatkan agar anda tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif kepada individu yang tidak dikenali.

Pastikan terlebih dahulu orang yang membuat membuat panggilan telefon atau menghantar mesej itu benar-benar individu yang dia dakwa.

Sumber: PDRM