Menerusi kenyataan media yang diterbitakan oleh Polis Diraja Malaysia hari ini memaklumkan, sebanyak 1,897 kertas siasatan melibatkan kes-kes media sosial telah pun dibuka.

jumlah itu adalah bagi tempoh dari bulan Januari 2019 sehingga 22 Jun 2021.

Kes-kes media sosial itu pula merangkumi kes yang menyentuh institusi diraja iaitu sebanyak 185 kes, 112 kes berkaitan kaum, 168 kes berkaitan menghina agama, 248 kes berkaitan kerajaan dan 1,148 kes lagi melibatkan individu atau agensi.

Daripada keseluruhan kes siasatan yang telah dibuka itu, PDRM memaklumkan mereka telah berjaya menyelesaikan sebanyak 844 kes atau bersamaan 44.5%.

Manakala baki kes iaitu 1,053 atau bersamaan dengan 55.5% kes lagi masih dalam siasatan polis.

PDRM juga memaklumkan, sepanjang tempoh 18 Mac sehingga 20 Jun 2021, siasatan berkaitan penyebaran berita palsu COVID-19 adalah sebanyak 254 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 109 atau 43% kes telah pun berjaya diselesaikan.

Sementara baki kes iaitu sebanyak 145 atau 57% kes berkaitan penyebaran berita palsu itu masih dalam siasatan polis.

Sumber: PDRM

Baca juga: Diskaun Sebanyak 50% Untuk Saman Trafik Bermula 18 Jun

Dua Taktik Penipuan Online Banking Yang Telah Di Kenal Pasti SKMM

Amaran PDRM Kewujudan Aplikasi MyBNM Palsu