Bersempena dengan Hari Polis ke-125 Tahun 2022 di Program Road March 2022 pada 30 Julai, Sabtu ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sehingga 50%.
Dihebahkan melalui laman Twitter PDRM, pengurangan bayaran saman trafik bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
[HEBAHAN] HARI POLIS KE-215: TAWARAN DISKAUN SAMAN 50% DI PROGRAM ‘ROAD MARCH' 2022
Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Jom datang beramai-ramai!❤️🇲🇾 pic.twitter.com/YcKYIETeLY
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) July 28, 2022
Amnya, semua saman kesalahan trafik layan untuk terima diskaun kecuali:
- Saman tidak patuhi lampu isyarat merah
- Saman memandu di lorong kecemasan
- Saman potong secara berbahaya (Potong barisan)
- Saman potong di garisan berkembar
- Saman kemalangan
- Saman kes dalam perbicaraan
- Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Kesalahan pengubahsuaian ekzos
Jadi, jika anda ingin melangsaikan saman trafik yang tertunggak, dijemput hadir ke program berkenaan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.
Sumber: PDRM