Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pihak berkuasa itu akan menerima sebanyak 16 buah dron berkuasa tinggi.

Dron-dron itu yang dikatakan sebagi dron berkuasa tinggi diperolehi melalui peruntukkan sebanyak RM48 juta melalui proses tender oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kos bagi memperolehi dron-dron itu telah diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Dron berkuasa tinggi itu dikatakan mampu terbang di udara lebih daripada empat jam.

Kesemua 16 dron itu akan dikawal di bawah seliaan Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan seluruh negara khususnya di kawasan yang tidak berpagarĀ bagi mengekang aktiviti jenayah.

Sumber: PDRM, Bernama