Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PC Game Pass Kini Di Malaysia, Bayar RM5 Untuk Main Lebih 100 ‘Game’

Posted on April 22, 2022April 22, 2022

Berita baik untuk peminat Xbox tempatan, Microsoft telah mengumumkan ketersediaan PC Game Pass di Malaysia.

Tiga negara Asia Tenggara lain yang turut sama menerimanya ialah Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Pengguna Malaysia hanya perlu bayar RM5.00 untuk 3 bulan pertama dan RM15 untuk bulan seterusnya untuk menikmatinya.

Antara permainan menarik dalam PC Game Pass termasuk Age of Empires IV, Back 4 Blood,
Forza Horizon 5, Marvel’s Guardians of the Galaxy, Hades, Minecraft, Sea of Thieves dan Microsoft Flight Simulator.

Dalam pada itu, ‘game’ daripada EA Play juga turut disediakan seperti FIFA, Battlefield, The Sims dan Mass Effect.

Pemgguna juga boleh bermain permainan daripada Xbox Game Studios seperti Halo Infinite, dan juga francais ikon seperti DOOM, Wolfenstein, Dishonored dan The Evil Within dari Bethesda Softworks, serta permainan bebas dan blockbuster lain.

Untuk maklumat lanjut berkenaannya, anda boleh ke laman web Xbox.

Baca juga:

  • Xbox PC Game Pass Akhirnya Tiba Di Malaysia, Berbaloi Untuk ‘Gamer’ Tegar
  • Penyejukan Cecair Atau Udara? Mana Lebih Baik Dan Sesuai Untuk PC Anda
  • Ini Harga Baharu PlayStation Plus, Lebih Banyak ‘Game’ Ditawar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress