Sejak bulan yang lalu, beberapa pawagam di seluruh Malaysia telah menghentikan operasi buat sementara waktu disebabkan PKPB di seluruh negara.

Terbaru, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) menyatakan bahawa pawagam akan mula beroperasi semula bermula 16 Disember ini tetapi hanya di beberapa lokasi terpilih sahaja buat masa sekarang.

Mereka juga mengatakan keputusan kerajaan adalah tepat pada masanya disebabkan banyak filem mega tahun ini akan ditayangkan dalam masa terdekat.

Tambahan lagi, perbincangan sedang dibuat dalam mendapatkan kebenaran melonggarkan SOP seperti penjarakan tempat duduk.

Sektor ini terpaksa menanggung kerugian yang besar sejak pelaksanaan PKPB diumumkan dan MAFE berkata pawagam memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Di samping itu, masyarakat perlu bertanggungjawab dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan dalam memastikan pawagam menjadi lokasi yang selamat.

Berikut adalah senarai pawagam yang dibuka di seluruh negara:

GSC

  •  GSC Aman Central
  •  GSC Gurney Plaza
  •  GSC Sunway Carnival
  •  GSC Dataran Pahlawan
  •  GSC AEON Bandaraya Melaka
  •  GSC Alamanda Putrajaya
  •  GSC East Coast Mall
  •  GSC Mentakab Star Mall
  •  GSC CityONE Megamall, Kuching

TGV

  •  TGV Gurney Paragon
  •  TGV 1st Avenue
  •  TGV Bukit Mertajam
  •  TGV AEON Taiping
  •  TGV AEON Seri Manjung
  •  TGV Mesra Mall
  •  TGV Permaisuri Imperial Mall Miri

MBO

  •  MBO Central Square SP
  •  MBO Taiping Sentral Mall
  •  MBO Melaka Mall
  •  MBO Kuantan City Mall
  •  MBO Kluang Mall
  •  MBO The Spring Kuching

LFS

  •  LFS Kuala Terengganu
  •  LFS Sitiawan
  •  LFS Butterworth

mmCineplexes

  • MMC Riverfront City

Sumber: berita harian