Data terbaharu dari counterpoint research mendapati bahawa peranti tablet mula mendapat perhatian. Ini kerana pasaran peranti tersebut meningkat sebanyak 53% pada suku pertama tahun 2021 berbanding tahun lalu.

Baca juga – Pasaran Tablet Dunia Kekal Didominasi Apple

Daripada keseluruhan, Apple masih lagi mendominasi pasaran tablet secara global dan diikuti oleh Samsung yang menerima peningkatan berbanding tahun 2020.

Huawei pula nampaknya semakin merosot jika nak dibandingkan dalam tempoh yang sama. Nampaknya, larangan dari Amerika Syarikat kepada Huawei memberi impak sangat besar kepada mereka.

Baca juga – Telefon Pintar Huawei Diambang Kejatuhan

Tambahan lagi, corak ini dilihat berkembang disebabkan pada masa sekarang ramai yang memerlukan peranti untuk melakukan tugasan di rumah. Tidak kira bekerja mahupun pembelajaran dan pengajaran dalam talian.

Sumber: counterpoint research