Perkhidmatan penstriman masa kini sangat melonjak naik sejak berlakunya pandemik tahun lalu. Selain Netflix, terdapat juga HBO Max, Amazon Prime Video, Hulu, Disney+ dan banyak lagi.
Tidak mahu ketinggalan dengan trend ini, Paramount+ diperkenalkan yang mana ia adalah penjenamaan semula daripada CBS All Access.
Paramount+ menggabungkan francais dan aset daripada Viacom dan CBS untuk tawaran kepada lebih 20,000 episod siri televisyen dan filem dari beberapa saluran.
Perkhidmatan ini akan dilancarkan dengan dua pelan iaitu langganan dengan iklan $4.99 (~RM20) atau $9.99 (~RM40) tanpa iklan berserta saluran sukan, berita dan kandungan TV secara langsung.
Apa yang menarik lagi, ia juga bakal menawarkan filem yang baru sahaja ditayangkan di pawagam tetapi tidak bermakna pada hari yang sama.
Filem yang baru ditayangkan akan hadir pada Paramount+ dalam tempoh 30 hingga 45 hari selepas ia berada di pawagam.
Dua filem yang sudah pasti adalah termasuk “A Quiet Place Part 2″ dan “Mission Impossible 7“.
Meski pun begitu, Paramount+ ini hanya terhad untuk Amerika Syarikat sahaja buat masa sekarang dan akan bermula pada 4 Mac.
Sumber: Techcrunch