Sejak beberapa bulan yang lalu, Apple merancang untuk menggunakan paparan mini-LED untuk barisan produk mereka termasuk Macbook dan iPad.

Terbaru, DigiTimes memberikan beberapa nama rakan kongsi Apple dalam mendapatkan teknologi ini yang akan digunakan pada produk mereka.

Menurut laporan tersebut, Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro yang pertama dengan paparan mini-LED pada suku pertama tahun 2021 dan diikuti model Macbook Pro pada suku kedua 2021.

Malah, beberapa pengeluar dari Taiwan sedang berusaha untuk segmen mini-LED ini. Tambahan lagi, TSMC turut telah menghantar cip 5nm bagi model-model tersebut.

Berdasarkan penganalisis Apple terkenal, Ming-Chi Kuo, pengeluaran paparan mini-LED ini telah dilakukan suku keempat tahun 2020 dan pelancarannya dijangka pada pertengahan pertama 2021.

Apple juga dipercayai akan menggunakan paparan ini pada Macbook Pro baharu iaitu model 16 inci dan 14 inci yang dijangkan akan tiba pada pertengahan pertama 2021.

Untuk pengetahuan, mini-LED sebenarnya akan memberikan paparan yang lebih baik dengan gamut warna lebih luas, kontras serta HDR yang tinggi dan lebih cekap tenaga berbanding LED biasa.

Sumber: DigiTimes via