Tahun ini menyaksikan Telegram menawarkan fungsi yang pelbagai buat penggunanya dan menjadikan ia bukan hanya sebagai aplikasi permesejan semata-mata.

Mereka yang sebelum ini memberikan ciri panggilan video berkumpulan sehingga 1000 orang akhirnya sudah “unlocked” kepada tanpa had. Bermakna, panggilan video atau penstriman secara langsung boleh mencapai beratus ribu peserta.

Mana-mana individu yang menyertai dalam panggilan video (video chat) berkumpulan atau penstriman secara langsung (live stream) dalam channel Telegram boleh turut serta untuk bercakap kerana adanya ciri “hand-raising”.

Selain itu, fungsi terbaharu yang menarik adalah pengguna dapat pra-tonton bagi ‘forward message’. Terdapat juga beberapa tetapan pilihan yang boleh digunakan sebelum menghantar mesej tersebut.

Tambahan lagi, terdapat juga penambahan ciri seperti beralih channel lain dengan mudah, pelekat baharu dan banyak lagi.

**Ikuti saluran Telegram kami untuk mendapatkan maklumat terkini dengan pantas – https://t.me/wiserarmy

Sumber: Telegram

Baca juga: