Pada bulan lepas, Telegram menambah ciri baharu yang mengkhususkan panggilan video berkumpulan (group video calls) dan kongsi screen (screen sharing).

Kini, mereka mengumumkan kemas kini baharu yang membawakan penambahbaikan terhadap ciri-ciri tersebut. Melaluinya, panggilan video berkumpulan kini menyokong sehingga 1000 orang tetapi terhad 30 orang sahaja yang boleh menyiarkan kamera dan skrin mereka.

Bermakna, ia ibarat anda dalam satu mesyuarat di Zoom seramai 1000 orang tetapi hanya 30 orang sahaja dapat aktifkan kameranya. Telegram ada menyatakan, mereka akan menambahkan lagi jumlah bilangan lebih daripada 1000 orang pada masa akan datang.

Selain daripada itu, kemas kini terbaharu ini juga menambahbaik fungsi mesej video (video message), fungsi melaras kelajuan main balik video (video playback speed) sehingga 2x, kongsi skrin yang mengandungi audio, mesej dipadam sendiri selepas satu bulan dan banyak lagi.

Sumber: Telegram

Baca juga artikel berkaitan: