Apple Watch menyediakan pelbagai fungsi penjejakan kesihatan dan disebabkan itu pengguna turut memakainya sewaktu tidur. Dalam pada ia mungkin membantu pengguna mendapatkan tanda awal penyakit, ia mungkin memberi ‘penyakit’ kepada pihak yang lain.

Dalam sebuah laporan media di bandar Kansas, AS, jabatan polis bandar tersebut menerima lebih kurang 250 panggilan kecemasan per jam secara tidak sengaja.

Masalah ini dikatakan berpunca daripada fungsi kecemasan ‘SOS’ dari Apple Watch yang diaktifkan apabila butang sisinya ditekan untuk beberapa ketika.

Kata ketua polis Jim Sutterby, “pergerakan semasa tidur atau bersenam yang membawa kepada mod kecemasan Apple Watch. Dan tanpa sedar, jam pintar tersebut menelefon 911,”.

Berita baiknya, masalah panggilan tidak sengaja ini boleh dikawal dengan mematikan fungsi ” Hold to Auto Call” di tetapan panggilan kecemasan SOS.

Sumber: appleinsider

Foto utama: techbriefly

Baca juga – Ini Mungkin Ciri Baru Yang Akan Ada Pada Apple Watch Series 8

Baca juga – Bagaimana Terciptanya Nama “Bluetooth” Dan Logo Yang Digunakan Hingga Ke Hari Ini

Baca juga – iOS 15: Apple Dedah Antaramuka Kawalan Permainan Baharu Berserta Dengan SDK

Kalau nak beli Apple Watch tekan bawah:
Shopee:
https://invol.co/cl4kv6b
Lazada:
https://invol.co/cl4kv6x