Platform media sosial X kini telah melancarkan panggilan audio dan video di dalam aplikasi mereka. Pembaharuan ini tidak dibesarkan tetapi dikhabarkan dengan soalan kiasan yang menimbulkan rasa tanda tanya kepada pengguna di siaran media X.
ready for it…?
— X (@X) October 25, 2023
Cara untuk menetapkan ciri ini di aplikasi X.
Pertama sekali, anda perlu kemas kini aplikasi X anda di Google Play Store atau App Store. Selepas itu, tekan ikon profil di bahagian atas kiri dan tatal ke bawah untuk tekan bahagian “Settings and privacy“.
Selepas itu, anda pilih bahagian “Privacy & Safety” lalu pilih “Direct Message“. Akhir sekali, hidupkan togol “Enable audio and video calling” dan selesai.
Anda boleh membuat panggilan dengan membuka paparan mesej terus pengguna lain, tekan ikon telefon di bahagian atas kanan dan pilih antara panggilan audio atau video seperti video di bawah.
BREAKING: X Video Calls and Audio Calls are here!
Here is how you can start calling people on X if they want you to.
Step 1) Update App
Steo 2) Go to Settings > Privacy & Safety > Direct Messages > Enable Audio & Video Calling.
Step 3) Click to DM someone. In the upper… pic.twitter.com/ebbR3x1J4a
— Brian Krassenstein (@krassenstein) October 25, 2023
{suggest}
Sumber: Verge