Setiap tahun para graduan diberi peluang meneroka dunia korporat dan kerjaya idaman menerusi pameran kerjaya GRADUAN Aspire. Walaupun masih dalam tempoh PKP, usah khuatir kerana anda masih boleh menyertainya.

Tahun ini, GRADUAN Aspire 2021 rasmi akan dianjurkan secara maya bermula tarikh 9 hingga 12 Julai 2021.

 

Untuk pengetahuan, pameran ini disertai pelbagai organisasi dalam negara yang akan memperkenalkan budaya korporat mereka. Peserta juga boleh sertai pelbagai sesi bimbingan kerjaya menarik melalui webinar.

Seterusnya, pelbagai jawatan kosong juga akan ditawarkan dalam pameran ini. Jadi, peserta yang sedang mencari kerja boleh terus memohon dan sertai temu bual bersama majikan secara maya.

Dalam pada itu, peserta juga boleh meluaskan rangkaian kerja melalui perbincangan bersama peserta-peserta lain.

Selain organisasi terkemuka, pameran ini juga akan dihadiri banyak universiti untuk anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke pascasiswazah.

Kepada para graduan yang masih mencari kerja atau perlukan bimbingan kerjaya, siapkan resume sekarang dan sertai GRADUAN Aspire 2021 di  https://graduan.com/aspire.

Sumber: @Graduan

Baca juga – Semak Baki Akaun 1 Dan 2 KWSP Secara Online

Baca juga – Aplikasi KitaJaga Permudahkan Orang Ramai Mencari Golongan Yang Memerlukan Bantuan