Jika sebelum ini kita hanya melihat telefon pintar banyak dikilangkan dan dieksport dari China, India, Korea Selatan dan beberapa lagi negara lain sahaja.

Tetapi kini Pakistan juga telah tersenarai sebagai sebuah negara pengeksport telefon pintar dunia.

Untuk peringkat awal, sebanyak 5,500 unit telefon pintar 4G telah pun dieksport keluar dari Pakistan. Negara pertama yang menerima telefon pintar syarikat China yang dikilangkan di Pakitan adalah Emiriah Arab bersatu (UAE) pada Jumaat minggu lalu.

Syarikat yang bertanggungjawab mengilangkan telefon pintar dari China itu adalah Inovi Telecom Pvt Ltd.

Antara negara-negara pengeskport terbesar telefon pintar ke seluruh dunia ketika ini adalah China, India, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, Vietnam, German dan korea Selatan.

Sumber: Gadgets NowWorld’s Top Export