Jika anda pengguna tegar aplikasi permesejan Facebook Messenger, tidak kiralah di peranti Android ataupun iOS, anda disyorkan supaya tidak menggunakan aplikasi tersebut buat sementara waktu ini.

Ini kerana pakar keselamatan telefon pintar melaporkan pembangun aplikasi tersebut telah menangguhkan kemas kini ciri keselamatan pada aplikasi itu.

Ciri keselamatan yang dimaksudkan di sini adalah ciri penyulitan mesej yang menyekat daripada sesiapa sahaja termasuklah pihak Facebook sendiri tidak akan dapat membaca mesej yang dihantar antara penghantar dan penerima mesej melalui aplikasi Facebook Messenger.

Ini bermakna sehingga kini ciri penyulitan mesej di platfom permesejan itu belum diaplikasi sepenuhnya.

Sekaligus mendedahkan privasi penggunanya yang boleh diakses mudah oleh penjenayah siber.

Paling terkesan dengan kelemahan ini sudah tentunya pengguna kanak-kanak di mana mereka amat berisiko terdedah menjadi mangsa pornografi kanak-kanak melalui platfom sosial tersebut.

Jadi kepada ibu bapa, anda perlulah sentiasa peka dengan aktiviti anak-anak mereka di dalam media sosial bagi melindungi mereka daripada menjadi mangsa pedofilia.

Sumber: Forbes

Baca juga: 9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook