Seorang penyelidik keselamatan tidak dikenali menerusi akaun Twitternya sebelum ini pernah menasihatkan pengguna untuk tidak sentiasa mengaktifkan Bluetooth di telefon pintar atau mana-mana peranti yang dilengkapi dengan teknologi tersebut.
SwiftOnSecurity di laman Twitter menjelaskan, Bluetooth mendedahkan pengguna kepada serangan siber.
If I was high-level government I wouldn't use Bluetooth either. It's not just the Bluetooth device or communications being insecure. The fact you have Bluetooth turned on exposes an obscure weirdo ancient firmware interface on your device for attack. Screw that.
— SwiftOnSecurity (@SwiftOnSecurity) December 7, 2021
Bluetooth merupakan teknologi sambungan tanpa wayar yang membolehkan mana-mana peranti yang dilengkapi dengan teknologi itu menghantar isyarat yang boleh dikesan oleh peranti lain yang berada dalam jarak lingkungannya.
Ciri tersebut menyebabkan sesebuah peranti terdedah kepada serangan sekiranya terdapat penggodam berniat jahat berada dalam jarak lingkungan peranti itu dengan menghubungkan peranti tanpa perlu pun kebenaran mangsanya.
Suruhanjaya Komunikasi Amerika Syarikat (FCC) juga pernah menasihatkan pengguna untuk tidak mengaktifkan sambungan Bluetooth jika tidak menggunakannya.
Peranti yang sudah dipadankan dengan sambungan Bluetooth pula disyorkan supaya dinyah padankan, terutamanya jika peranti tersebut bukan milik pengguna itu sendiri.