Wi-Fi pada masa sekarang sudah menjadi asas kehidupan dan keperluan untuk manusia. Memang ada beberapa tempat yang menawarkan Wi-Fi secara percuma seperti di tempat awam, masjid dan sebagainya.
Namun, bolehkah kita menggunakan Wi-Fi jiran misalnya yang tidak meletakkan kata laluan?
Berdasarkan jawapan yang dikongsikan Mufti menerusi Maktabah al-Bakri, hukum menggunakan Wi-Fi yang tidak diletakkan kata laluan (password) adalah tidak dibolehkan kecuali telah mendapat keizinan daripada pemiliknya.
{suggest}
Ini kerana ia termasuk dalam perkara menggunakan harta secara batil, iaitu tanpa keizinan daripada pemiliknya.
Bagaimanapun, perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya Wi-Fi tersebut ditawarkan secara percuma di tempat awam yang mana kita sudah ketahui pemilik Wi-Fi sudah redha dan mengizinkannya. Contohnya kita guna Wi-Fi semasa menunggu pakaian selesai dicuci di pusat dobi layan diri.
Sumber: maktabahalbakri