Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pakai Wi-Fi Jiran Yang Tak Ada ‘Password’? Ini Jawapan Mufti

Posted on Januari 31, 2022Oktober 7, 2022

Wi-Fi pada masa sekarang sudah menjadi asas kehidupan dan keperluan untuk manusia. Memang ada beberapa tempat yang menawarkan Wi-Fi secara percuma seperti di tempat awam, masjid dan sebagainya.

Namun, bolehkah kita menggunakan Wi-Fi jiran misalnya yang tidak meletakkan kata laluan?

Berdasarkan jawapan yang dikongsikan Mufti menerusi Maktabah al-Bakri, hukum menggunakan Wi-Fi yang tidak diletakkan kata laluan (password) adalah tidak dibolehkan kecuali telah mendapat keizinan daripada pemiliknya.

{suggest}

Ini kerana ia termasuk dalam perkara menggunakan harta secara batil, iaitu tanpa keizinan daripada pemiliknya.

Bagaimanapun, perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya Wi-Fi tersebut ditawarkan secara percuma di tempat awam yang mana kita sudah ketahui pemilik Wi-Fi sudah redha dan mengizinkannya. Contohnya kita guna Wi-Fi semasa menunggu pakaian selesai dicuci di pusat dobi layan diri.

Sumber: maktabahalbakri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress