Beberapa hari yang lepas, Panasonic telah melancarkan sebuah megaphone yang berupaya menterjemah suara pengguna ke bahasa yang lain. Untuk lebih spesifik, ia akan menterjemah ke bahasa Inggeris, Korea dan China. Jepun sangat terkenal dengan kepelbagaian ciptaan yang cukup membuatkan kita berasa teruja. Alat yang baru dicipta ini merupakan penghubung tanpa perlu memikirkan batas bahasa komunikasi….
Bateri Prototaip Ini Mampu Bertahan Sehingga Seminggu
Sekumpulan saintis dari University of Central Florida telah membangunkan sebuah bateri prototaip superkapasitor yang mampu bertahan 20 kali lebih lama dari bateri konvensional lithium-ion. Ia juga berfungsi seakan-akan bateri baru walaupun sudah dicas lebih dari 30,000 kali! ” Anda hanya perlu mengecas telefon mudah alih beberapa saat dan ia tidak perlu dicas sehingga seminggu.” ujar…
Imej Panel Skrin Paparan Huawei P10 Tersebar
Walaupun bakal dikeluarkan pada tahun hadapan, khabar angin serta kebocoran imej-imej Huawei P10 sudah membanjiri internet. Khabar angin awal yang diberitakan adalah tentang kamera dimana telefon pintar itu akan dilengkapi dengan dwi kamera. Baru-baru ini, timbul pula berita mengenai dua imej yang dipercayai panel paparan hadapan untuk model P10 tersebut. Jika dilihat pada imej itu,…
Whatsapp | Tonton Video Tanpa Perlu Muat Turun
Pelbagai ciri menarik cuba diketengahkan oleh Whatsapp. Sebelum ini mereka memperkenalkan fungsi panggilan video, dan yang terkini aplikasi pemesejan segera itu dilaporkan bakal menaik taraf fungsi video mereka. Seperti mana yang kita tahu, WhatsApp memerlukan pengguna memuat turun sesuatu video sebelum dapat melihat isi kandungan video tersebut. Hal ini bakal berubah apabila syarikat berkenaan akan…
Google Memperkenalkan Fungsi ‘Tap To Wake’ Untuk Telefon Pixel
Google telah menambah fungsi ‘Tap To Wake’ untuk telefon flagship mereka hari ini. Pengguna boleh menggunakan sentuhan dua jari atau mengangkat telefon untuk menghidupkan paparan skrin dan melihat notifikasi dan lain-lain. Fungsi ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Pixel kerana sebelum ini Nexus 6P juga memiliki fungsi yang sama. Langkah ini juga boleh dikatakan bijak kerana…
Peranti iOS Gagal Berfungsi Apabila Anda Menekan Pautan Hasad Ini
Pengguna peranti iOS dinasihatkan agar berhati-hati dengan pautan hasad yang dikatakan boleh menyebabkan peranti anda gagal beroperasi. Satu pautan video berformat .mp4 dipercayai akan menyebabkan telefon atau peranti iOS anda menjadi perlahan dan kemudiannya menjadi statik dan tidak berfungsi. Menerusi video dibawah, jika anda menekan pautan hasad tersebut sebuah video akan muncul dan untuk beberapa…