Quora, sebuah platform soal jawab diinternet telah mengeluarkan pemberitahuan bahawa sistem mereka telah berjaya digodam. Difahamkan sebanyak 100 juta data pengguna dicuri pengodam dimana ia melibatkan data seperti nama, e-mel, kata laluan yang disulitkan, dan data-data yang diimport dari media sosial yang lain. Adam D’Angelo, CEO Quora menyatakan pihak mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu…
Samsung Tertangkap Mempromosikan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone
“Pertelingkahan” di antara Samsung dan Apple telah berlangsung sejak sekian lama sehingga kini walaupun pesaing utama Samsung hari ini ialah Huawei, bukannya Apple. Kedua-dua syarikat tersebut saling menggunakan platform media elektronik untuk “menyerang” antara satu sama lain. Bagaimanapun, baru-baru ini Samsung dilihat telah tersalah langkah apabila tertangkap mempromosikan Galaxy Note 9 menggunakan peranti iPhone. Ia…
Anda Peminat Command and Conquer? Muat Turun Boleh Dibuat Dari Google PlayStore Dan App Store
Jun lepas, Electronic Arts (EA) ada mengumumkan pembangunan siri permainan popular, Command and Conquer: Rivals bagi platform telefon pintar. Dalam masa yang sama, syarikat pembangun permainan itu telah melancarkan pra-pendaftaran pada Google PlayStore dan App Store. Setelah beberapa bulan berlalu, nampaknya peminat yang tidak sabar-sabar untuk memainkannya sudah boleh mula memuat turun Command and Conquer:…
Tumblr Akan Mula Sekat Kandungan Lucah Bermula 17 Disember Ini
Bulan lalu pengguna iOS telah maklum bahawa aplikasi Tumblr telah ditarik dari senarai muat turun App Store berikutan penularan pornografi kanak-kanak pada platform tersebut. Pengumuman terbaru dari Tumblr, kandungan dewasa atau lucah yang dimuatkan dalam aplikasi itu bakal disekat bermula 17 Disember ini. Bagi pemegang akaun yang ada memuat naik kandungan lucah, mereka akan menerima…
NVIDIA RTX TITAN Sudah Mula Kelihatan Di Atas Talian
NVIDIA sudah memperkenalkan siri kad grafik untuk pengguna kebanyakkan mereka iaitu GeForce RTX. Kad yang dilengkapi dengan teknologi ray-tracing terbaru itu sudah mula sampai ke tangan pengguna dan beberapa berita kurang enak mengenainya sudah kedengaran. Tetapi itu tidak bermakna NVIDIA tidak akan meneruskan usaha mereka untuk memperkenalkan produk mereka yang lain. Produk yang dimaksudkan adalah siri…
Lenovo Diarahkan Membayar Saman Berjumlah RM 30.5 Juta Selepas Didapati Memasang Perisian Superfish Di Dalam Komputer Riba Mereka
Mahkamah Utara California bersetuju dengan penyelesaian di antara Lenovo dengan kumpulan pengguna yang telah memfailkan saman terhadap syarikat tersebut kerana telah memasang perisian ‘Superfish’ di dalam komputer riba pelanggan mereka. Perisian dari sebuah syarikat bernama Superfish itu adalah perisian yang akan memaparkan iklan di laman sesawang yang boleh dieksploitasi oleh penggodam untuk mencuri maklumat sensitif…