Rakan Microsoft menambah bala kepada sistem operasi Windows 10. Penyelidik keselamatan dari SafeBreach mendedahkan bahawa aplikasi yang tersedia dipasang di dalam komputer yang menggunakan sistem operasi Windows 10 didapati telah mendedahkan penggunanya kepada serangan penggodam. Aplikasi yang dimaksudkan di sini adalah PC-Doctor Toolbox yang tersedia dipasang dalam berjuta sistem Windows 10 pada pelbagai jenama komputer popular, termasuklah…
Samsung Sedang Membangunkan Teknologi ‘Deepfake’ Mereka Sendiri
Teknologi ini semakin menakutkan. Penyelidik Samsung kini sedang dalam usaha membangun dan mensempurnakan teknologi ‘deepfake‘ yang dibangunkan berasakan teknologi mereka sendiri. Bagi mencapai usaha tersebut, penyelidik Kecerdasan Buatan (AI) Samsung yang berpangkalan di United Kingdom telah mengadakan kerjasama bersama Kolej Imperial London bagi membangunkan satu teknologi AI yang mampu menganimasi dan menyelaras audio dengan pergerakan…
Seramai 52000 Responden Telah Mengundi Pokemon Kegemaran Mereka Yang Dibuat Di Laman Reddit
Pikachu mungkin ada filemnya sendiri, tapi ia bukan yang paling popular dikalangan peminat. Lebih seminggu yang lalu, laman rasmi Reddit Pokemon telah mengadakan undian bagi melihat Pokemon manakah yang paling menjadi kegemaran peminat. Beberapa hari kemudiannya hasil undian telah berjaya diperolehi. Lebih daripada 52000 responden telah mengambil bahagian dalam undi yang dijalankan itu. Menerusi undian…
Olimpik Paris 2024 Mungkin Menawarkan Pengangkutan Teksi Terbang Pada Pengunjungnya
Kenapa naik bas kalau teksi terbang ada… Dilaporkan syarikat Airbus, Aeroports de Paris dan pihak berkuasa pengangkutan Paris sedang bekerjasama menyediakan pengangkutan alternatif kepada para pengunjung ke bandar itu yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024 nanti. Pengangkutan alternatif yang dimaksudkan di sini bukanlah bas tambahan atau keretapi bawah tanah, sebaliknya adalah teksi terbang….
DirectD Tawar Bayaran Balik Bagi Peranti Huawei Yang Tidak Dapat Jalankan Aplikasi Google
Ditengah-tengah ketegangan yang berlaku antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat ekoran sekatan perdagangan, DirectD, salah satu penjual peranti popular tempatan telah mengumumkan tawaran menarik. Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial DirectD itu menyatakan, sekiranya mana-mana peranti Huawei yang tidak dapat menjalankan aplikasi Google (masih dalam tempoh waranti), bayaran balik 100% akan dibuat kepada pembeli. Selain…
Pulangan Wang Penuh Dari Huawei Bagi Peranti Yang Gagal Jalankan Aplikasi Android Di Filipina
Isu ‘peperangan’ syarikat dari China, Huawei dengan kerajaan Amerika Syarikat yang membuatkan pengguna masih tertanya-tanya dengan apa yang akan berlaku dimasa depan. Lanjutan daripada itu, bagi meredakan keresahan pengguna, Huawei di Filipina telah mengumumkan program bayaran balik untuk pengguna. Bayaran balik wang pembelian itu dibuat sekiranya terdapat sebarang peranti Huawei tidak dapat menjalankan aplikasi Google…