Awal Ogos yang lalu, sewaktu mengesahkan kehadiran peranti dengan kamera 64MP bagi Redmi, Xiaomi tidak ketinggalan memberi gambaran bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan kamera 108MP. Ia kemudiannya disusuli dengan pengumuman Samsung yang memperkenalkan Samsung ISOCELL Bright HMX (108MP) yang mana penghasilan sensor itu dilakukan secara kerjasama dengan Xiaomi. Perkhabaran terbaru, Xiaomi kini dikatakan telah…
Sebuah Lagi Aplikasi Penukar Wajah Menimbulkan Perdebatan Isu Privasi Pengguna
Aplikasi Zao dari China ini semakin popular dikalangan pengguna peranti iOS. Sebuah aplikasi dari syarikat pembangun China, ZAO kini menjadi semakin popular dimuat turun dan digunakan oleh para pengguna iPhone. Aplikasi ini membolehkan penggunanya menukarkan wajah selebriti dari klip video pendek kepada wajah mereka. Wajah selebriti ini termasuklah dari klip-klip video pendek filem, drama, sukan…
Aplikasi Percuma Ini Membolehkan iPhone Dikawal Hanya Menggunakan Pergerakan Mata
Samsung pernah perkenalkan ciri yang sama tapi tidak begitu popular dikalangan penggunanya. Sebuah syarikat pembangun aplikasi bernama Hawkeye Labs Inc. telah membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna peranti iPhone atau iPad Pro mengawal peranti mereka itu dengan hanya pergerakan mata. Aplikasi yang dikenali sebagai Hawkeye Access membolehkan pengguna mereka mengawal iPhone dengan arahan pergerakan mata termasuklah melayari…
Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
Peranti audio terbaru Huawei yang bakal menyaingi Apple AirPods. Jika Apple mempunyai teknologi cip audio H1 yang digunakan pada peranti Apple Airpods, Huawei juga kini turut membangunkan cip audionya sendiri. Huawei dalam ciapan Twitternya yang berbunyi “New Kirin technology will connect you to a whole new audio experience” turut menyertakan sekali video acah peranti audio…
Polis Perancis Dan Avast Berjaya Menyekat Serangan Botnet Dan Perisian Hasad Yang Telah Menjangkiti 850,000 Komputer
Perkara yang jarang-jarang berlaku. Pihak polis Perancis, French National Gendarmerie menerusi Pusat Menangani Jenayah Siber (C3N) dengan kerjasama firma keselamatan Decoded Avast. io mengumumkan kejayaan bersama menumpaskan penyebaran perisian hasad yang dikenali sebagai RETADUP. Retadup merupakan perisian hasad yang menyerang pengguna sistem operasi komputer Microsoft Windows. Pengguna yang menjadi sasaran perisian hasad ini tertumpu di kawasan Amerika Latin…
Isu Penggodaman Yang Berlaku Pada iPhone Turut Sama Berlaku Pada Peranti Android Dan Windows
Penggodaman didakwa dilakukan pihak China bertujuan bagi mengawasi pergerakan masyarakat islam minoriti Uighur di Wilayah Xinjiang, China. Sebelum ini telah dilaporkan bahawa penggodam telah melakukan seranga ke atas perati iPhone menerusi laman sesawang berniat jahat dengan mengeksploitasi kecacatan yang ada pada sistem operasi iOS. Walaubagaimanapun, pihak Forbes telah mengesahkan isu yang sama juga turut berlaku…