Baru-baru ini tular mengenai video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok demi mendapatkan internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian. Video yang dimuat naik pada 13 Jun lalu di platform YouTubenya, Veveonah M., telah menerima lebih 400,000 tontonan. Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat tinjauan di Kampung…
Samsung Dilapor Batalkan Pengeluaran Galaxy M41
Khabar angin terdahulu, Galaxy M41 dikatakan bakal menjadi telefon pertama Samsung yang menggunakan paparan OLED daripada pengeluar lain. Langkah tersebut dipercayai adalah untuk mengurangkan kos dalam pembangunan peranti. Model ini dirancang sebagai pengganti kepada Galaxy M40 yang hanya dilengkapi paparan LCD. Antara pengeluar yang disebut-sebut sebelum ini adalah China Star Optoelectronics Technology (CSOT) yang dimiliki…
Zoom Akan Tawarkan Panggilan Video Lebih Selamat Kepada Semua Pengguna Bermula Julai
Zoom sebelum ini telah mengumumkan hanya menawarkan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) kepada pengguna berbayar. Kini, aplikasi telesidang itu dilihat akan membuat pusingan kembali dengan memberikan fungsi tersebut kepada semua pengguna dan tidak lagi hanya khas untuk pengguna berbayar. Sebelum dibenarkan mengguna fungsi ini, pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini secara percuma perlu memberikan maklumat…
Pelantar Pendidikan Digital DELIMa Oleh Kementerian Dikatakan Mendiskriminasi Kandungan Tempatan
Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Ia merupakan laman pembelajaran digital yang membekalkan servis dan aplikasi dari pelbagai pembekal luar seperti Google, Microsoft, dan Apple secara percuma. Walau bagaimanapun, pelantar DELIMa ini dikatakan mendiskriminasi kandungan dari dalam Malaysia dan hanya mengutamakan teknologi Barat sahaja. Dakwaan itu dikatakan oleh…
Pengguna Twitter Kini Boleh Membuat Ciapan Audio
Bermula hari ini, Twitter mula membuat ujian bagi fungsi baharu yang membolehkan ciapan suara dilakukan. Setiap ciapan suara boleh merekodkan audio sehingga 140 saat atau 2 minit 20 saat. Jika ciapan suara tersebut telah melebihi had maksimum yang ditetapkan, ciapan suara baru akan disambungkan secara automatik yang seterusnya menghasilkan bebenang dengan maksimum 25 ciapan. Setiap…
Pengasas Firma Kriptowang Dipenjara 7 Tahun Kerana Menipu Lebih Daripada USD25 Juta
Selebriti Hollywood turut didenda. Seorang pengasas sebuah syarikat matawang kripto bernama Robert Farkas telah dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun selepas dia mengaku bersalah menipu lebih daripada USD25 juta hasil daripada urusan mata wang kripto yang dijalankannya. Robert Farkas adalah pengasas firma Centra Tech, sebuah syarikat yang menjalankan pengurusan matawang kripto. Selain penjara, dia turut…