Sebuah platform insurans digital pertama untuk kesihatan haiwan peliharaan berjaya mengumpul sejumlah dana untuk meluaskan pasarannya di Malaysia.

Oyen yang dibangunkan atas kerjasama Oyen Sdn Bhd dan MSIG Insurance (Malaysia) Bhd April lalu memberi akses kepada pengguna untuk membeli atau mengurus insurans kesihatan haiwan peliharaan secara digital.

Melalui platform ini, pengalaman urus insurans haiwan peliharaan menjadi lebih mudah dan lancar. Servis perubatan dan doktor haiwan yang ditawarkan pada kualiti yang baik serta diselaras di seluruh Malaysia.

Baca juga – 4 Platfom Servis Panggilan Video Paling Popular Di Malaysia

Baru-baru ini Oyen mendapat dana sebanyak US$420,000 dalam siri pelaburan yang disertai Hustle Fund serta pelabur terkenal dari Airbnb, Facebook, dan Rocket Internet.

Mereka akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan platform digitalnya untuk menjadi penyedia insurans kesihatan haiwan peliharaan terkemuka di Asia Tenggara.

Sumber: siaran akhbar oyen