Sekitar Februari yang lalu, SKMM berjanji untuk menyediakan peta JENDELA yang mana memberikan pengguna untuk melihat tahap kualiti serta liputan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) di Malaysia.

Kini, ia secara rasminya boleh diakses dengan portal JENDELA. Melaluinya, terdapat 3 fungsi yang boleh digunapakai termasuk peta liputan, maklum balas pengguna dan status maklum balas.

Untuk menggunakannya sangat mudah, pengguna hanya perlu memasukkan lokasi sahaja seperti menggunakan Google Maps atau lebih mudah, klik sahaja lokasi semasa.

Selepas itu, ia akan memaparkan perkhidmatan selular yang tersedia, jalur lebar tanpa wayar, jalur lebar tetap dan myFreeview.

Pengguna turut boleh memaparkan rangkaian mana yang lebih baik untuk 4G mengikut penyedia perkhidmatan seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Yes dan Unifi Mobile.

Selain itu, boleh juga untuk mengetahui Point of Interest (POI) seperti Pusat Internet Komuniti (PIK) mengikut negeri, Pejabat Pos, Kedai Kurier, WiFi Komuniti dan lain-lain.

Perlu diingatkan, ini hanyalah untuk mengetahui status serta memberikan maklum balas liputan di kawasan pengguna dan diharapkan kesemua maklum balas yang dihantar dapat diberi tindakan lanjut secepat yang boleh.

Oleh itu, anda boleh layari pautan ini untuk menggunakannya.

Sumber: Lowyat

Baca juga – Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Baca juga – Smartphone For Snapdragon Insiders – Sebuah Telefon Pintar Dari Qualcomm

Baca juga – Tular Video Mengejek Juruteknik Jepun, Kontrak Griezmann Bersama Konami Ditamatkan