Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Oppo Tayang Telefon Pintar Generasi Baru, Diperbuat Dari Kaca Kesemuanya

Posted on Disember 19, 2022

Di pameran Oppo Inno Days yang berlangsung minggu ini, Oppo telah menayangkan telefon pintar generasi baharu yang diperbuat daripada kaca keseluruhannya.

Dengan reka bentuk yang luar biasa, telefon pintar Oppo itu masih dilengkapi dengan sambungan USB-C di bahagian bawahnya.

Tidak hanya pada telefon pintar, Oppo turut menggunakan material kaca untuk pelbagai aksesori telefon pintarnya yang lain seperti fon telinga tanpa wayar dan jam pintar.

Pada pameran itu juga Oppo memperlihatkan pelbagai inovasi lain seperti cermin mata pintar Air Glass 2 serta turut memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertama mereka iaitu Oppo Find N2 Flip dan Oppo Find N2.

{suggest}

Sumber: gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress