Laporan baharu daripada Digital Chat Station, OPPO kini sedang membangunkan pemproses imej atau Image Signal Processor (ISP) sendiri. Ia ditugaskan untuk mengambil data RAW dari sensor kamera bagi menghasilkan gambar atau video.

Data tersebut termasuk pembetulan warna, kejelasan gambar dan banyak lagi. Dalam erti kata lain, imej yang dihasilkan itu adalah jauh lebih cantik.

Image Signal Processor

Cip ISP ini adalah produk pertama bagi pasukan Projek Mariana yang mana mereka terdiri daripada jurutera OnePlus dan juga realme. Mungkin jenama tersebut turut akan menggunakannya nanti.

Buat pengetahuan, Xiaomi sebelum ini telah membuat pendekatan sedemikian dengan menghasilkan cip Surge C1 yang memfokuskan kamera dan pertama kali digunakan di Mi Mix Fold.

Sumber: ithome

Baca juga – Jenama Telefon China Ini Juga Mahu Bangunkan Cip 5G Sendiri

Baca juga – Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500

Baca juga – OPPO Bekerjasama Dengan AWS, Janjikan Storan Awan Lebih Selamat