Pada penghujung bulan Mei lalu, OPPO telah memperkenalkan tiga telefon pintar siri OPPO Reno6. Terkini, laporan menyatakan model OPPO Reno6 Z pula akan dilancarkan 21 Julai ini di pasaran Thailand.

Model terbaru untuk siri Reno6 itu telah diperlihat dan dipromosi melalui kedai atas talian OPPO Thailand.

OPPO Reno6 Z

Spesifikasi rasminya belum dilepaskan, tetapi Reno6 Z dijangka tampil dengan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan pengimbas cap jari dalam paparan.

Selain itu, telefon ini dijana cip Dimensity 800U dengan gandingan memori 8GB dan storan dalaman 256GB. Sistem kamera pula dilengkapi kamera utama 64MP, lensa ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP, dan kamera swafoto 32MP.

Antara lainnya, telefon pintar ini menyokong sambung 5G, pengecasan pantas 30W VOOC, dimuat bateri 4,310mAh, dan dua varian warna.

Sumber: gizmochina

Baca juga – ColorOS 12 Mungkin Jadi Antara Muka Terbaik OPPO

Baca juga – OPPO Reno6 5G Kini Hadir Dengan Warna Ungu Juga